...


Jumaat, 15 Julai 2011

Our Palestine: Do we care?

Palestine, u are not alone. We are with you.
Kami Kisah

Ingatan kami,
Sedingin embun di pagi hari.

Kasih kami,
Sehangat darah yang mengalir.

Semangat kami,
Sepanas api yang marak.

Doa kami,
Segunung harapan, hanya padaNya kami sandarkan.

Kami cinta pada kalian,
Wahai saudara-saudara Palestina.

Selain doa dan ingatan yang kami titipkan,
Usaha dan keringat, pasti akan turut kami kerahkan!

Kalian,
Teruskanlah berjuang!

Ketahuilah,
Bahawa kalian tidak keseorangan. . .

slave of Almighty
Palestine
We are with you
10|06|01

Terbaru, Israel zionis tergamak menyerang kapal-kapal misi keamanan Lifeline 4 Gaza (LL4G) yang tidak bersenjata. Menurut berita, kematian mencecah 20 orang, puluhan lagi yang cedera, dan kapal-kapal itu dirampas oleh Zionis. Sungguh kejam. Sehingga kini, bilangan itu berkemungkinan telah bertambah dan bertambah. Malah, tidak pasti, adakah masih ada yang akan terselamat? Allahu'alam...

Ya Allah, bantulah mereka!
Maka, persoalan buat diri kita...
Masihkah kita mampu berdiam sahaja?
Kalau benar kalian cintakan Palestin, mari kita sama-sama buktikannya..
Permintaan dari pihak LL4G, untuk kita doakan dan solat hajat untuk mereka. Pada masa yang sama, jom kita sebar-sebarkan kesedaran akan isu ini. Semoga semakin ramai yang sedar akan kekejaman Sang Zionis, dan memberikan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestina sana.
Namun...

Usaha-usaha ini hanyalah usaha kita bagi jangka masa PENDEK sahaja.
Seperti yang aku pernah nukilkan dalam artikel "Our Palestine: Hanya Mampu Berdoa?", usaha yang paling UTAMA, lebih REALISTIK, dan EFEKTIF dalam menangani masalah ini, tidak lain tidak bukan adalah dengan membawa masyarakat kita kepada Allah, untuk BERSATUmenjunjung perintahNya..
InshaAllah, ia merupakan usaha jangka masa panjang kita. Dan inilah sebenarnya 'mesej utama'
dari apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang, agar masalah di Palestin tidak hanya menjadi isu bermusim sahaja..
Kecoh sekejap, namun hasilnya? Tiada... Untuk apa?Sedangkan, rakyat Palestin masih sengsara dibantai rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan.
Jangan kita biarkan kesedaran ini lenyap begitu sahaja. Kerana tujuan 'sedar' yang sebenarnya, hanya sebagai pencetus. Pencetus kepada usaha berterusan, usaha yang lama tempohnya... Bukannya takat sebar-sebarkan sahaja.Dan juga...
Sabar, sabar, dan sabar atas ujian yang menimpa. Ya, masalah Palestin bukan hanya boleh diselesaikan dalam sehari dua.
Ayuh... Anggaplah ini satu seruan dariNya
. Agar kita bangkit merubah dunia. Atas kezaliman dunia yang kini teramat melampaunya..
Mari... Kita BANGKIT bersama-sama! BERSATU... dalam Menjunjung perintahNya!
Ayuh !!!


Wahai orang-orang yang beriman!
Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, 'Berangkatlah di jalan Allah', kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?

Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?

Padahal kehidupan di dunia (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

- Surah At-Taubah (9): 38 -


Tiada ulasan:

Catat Ulasan