...


Isnin, 20 Jun 2011

aku ingin bersendirian


Dalam hidup sehari-hari, banyak peristiws yang sudah berlaku. Dan aku akui apa yang aku alami sejak akhir-akhir ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan jika dipandang dari satu sudut. Mungkin sebelum ini, hidup ku happy, gembira dengan kawan-kawan, stay dengan member2, sangat enjoy bila belajar dan menuntut ilmu, bersemangat, punya jati diri yang kuat, optimistik, dan aku seorang yang amat bising..

Itu suatu ketika dahulu. aku rindukan diri ‘aku’ yang dulu. aku sekarang sangat berlawanan dengan dulu. Bermacam peristiwa yang dialami datang secara bertimpa-timpa dan berturutan menyebabkan perubahan yang dialami aku sangat drastik.

aku sedar perubahan diri aku sekarang ini tidak menggembirakan orang sekeliling. aku juga tidak gembira, aku rasa benci. Sampai kadang-kadang  aku terlepas cakap memberitahu perihal aku kepada orang lain menyebabkan orang lain pula yang makin susah.

Cukuplah..Biarkan aku, biarkan aku susah, yang penting aku tak nak menyusahkan orang lain.  Biarkan aku senyap, biarkan aku menyepi. aku tak nak buat orang lain risau lagi tentang aku bila mengetahui keadaan aku. aku tak kan cerita lagi keadaan aku pada orang lain. Bukan bermaksud aku membenci korang, bukan bermaksud aku tidak menghargai korang, bukan juga bermaksud aku tidak menyayangi kawan2 di sekeliling, bukan bermaksud aku terasa hati dengan sesapa, tidak langsung… aku tak reti nak benci orang sebencinya, tak reti nak marah orang semarah-marahnya..cuma biarkan aku.


Jangan bertanya lagi khabar ku, aku tak tau nak jawab. Memang mudah jika sekadar menjawab.
‘ya aku baik’
Tapi aku tak reti nak menjawab jawapan yang tepat. Apa maksud ‘aku baik’? aku masih hidup dikira baikkah? aku masih mampu menaip dikira baik? aku masih mampu respon soalan dikira baik?  Jika kesihatan yang dimaksudkan, cukuplah mengetahui aku masih hidup dan mampu melakukan sesuatu kerja.
Tak perlu bimbang. aku masih waras. aku masih normal. Cuma biarkan aku, tolong lupakan aku. aku bukan sesiapa. Buat masa ini, aku selesa begini. Bagaimanapun, jika betul-betul ada perkara yang perlu dan mustahak yang melibatkan aku, aku akan libatkan diri insyaAllah.

Biarkan aku menyendiri…
Dalam mencari ketenangan,
Dalam mencari kepastian,
Dalam membuat keputusan,
Sendirian untuk…
Aku mencari apa sebenarnya yang tertulis untukku miliki,
Aku tak salah dalam melihat dan memilih
Aku mencari jalan penyelesaian,
Biarkanku bersendirian seketika…
Untuk aku membetulkan kembali kewarasanku,
Untuk aku tak salah dalam mentafsir
Untuk aku berbaik sangka dengan takdirNya
Aku ingin bersendirian..
untuk mencari sinar semangatku yang hilang
yang suatu ketika dulu pernah bersinar
agar kelak dapatku berkongsi sinarku kepada mereka
Tinggalkanlah aku sendirian di sini…
 by - iedaNur 
   

3 perkara kenapa wujudnya cinta

Perasaan cinta sepatutnya membuatkan pasangan kekasih, tunang atau suami isteri berasa bahagia, ceria, gembira dan dihargai. Sebabnya, cinta wujud daripada perasaan baik. Terhasil daripada kasih dan sayang serta saling mempercayai.

Kalau itu asas cinta, kalau kasih sayang yang mengikat sesebuah percintaan kenapa saban hari kita didedahkan dengan laporan mengenai pasangan terutama si wanita dikasari, didera dan ada yang dibunuh dalam perhubungan cinta?

Kenapa perasaan cinta yang sepatutnya menyuburkan rasa kesihan dan saling melindungi bertukar menjadi kejam? Hingga ada pasangan yang disiksa tanpa peri kemanusiaan seperti disimbah dengan asid dan dibakar.

Salah satu puncanya ialah apabila seseorang itu merasakan hubungan cintanya tergugat apabila ada elemen-elemen yang menyatukan mereka kian pudar.

Pakar Psikologi, Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Mariani Md. Nor berkata, perasaan cinta wujud daripada tiga elemen yang ada dalam diri seseorang.

Elemen pertama, katanya, komitmen iaitu perasaan sayang-menyayang antara  pasangan.

Kedua, keintiman iaitu keakraban fizikal atau emosi yang membuatkan seseorang terlalu sayang terhadap pasangannya. Yang ketiga keghairahan yang bermaksud sentiasa ingin berdekatan kerana komitmen serta keintiman.

Setiap pasangan bercinta perlu mempunyai tiga elemen ini untuk memastikan kebahagiaan hubungan mereka berterusan.

Jika seorang daripada pasangan itu mendapati pasangannya tidak mempunyai ketiga-tiga elemen ini, akan timbul rasa tidak puas hati.

Kerana inginkan pasangannya menunjukkan ketiga-tiga elemen tersebut dan bimbang kehilangan orang yang dicintai, seseorang itu mampu bertindak ganas sehingga di luar kemampuan dan jangkaannya sebagai seorang yang normal.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa faktor lain membuatkan seseorang bertindak ganas kepada orang yang dicintainya.

Adakala, campur tangan keluarga dalam perhubungan sehingga membuatkan pasangan suami isteri atau kekasih tidak mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri.

Keadaan itu mampu menimbulkan persengketaan antara pasangan berkenaan.

Selain itu, katanya, keletihan atau penat juga mampu menjadikan seseorang bersikap lebih kasar dan panas baran terhadap pasangan.

Justeru, tambahnya, bagi menangani masalah keganasan dalam percintaan, setiap pasangan sama ada lelaki atau wanita perlu banyak bermuhasabah diri dan beristifar jika berdepan masalah dan apabila wujud rasa tidak puas hati.

Orang yang sedang marah sering bertindak di bawah sedar jadi seseorang itu perlu menenangkan diri sendiri agar tindakan yang diambil bagi menangani masalah percintaannya adalah yang terbaik.

Keluarga adalah individu yang paling rapat dengan pasangan jadi mereka perlu membantu sama ada menasihat atau membawanya bertemu kaunselor.

Pihak ketiga iaitu keluarga atau kaunselor adalah individu penting untuk menyelesaikan konflik besar dalam sesuatu perhubungan kerana ia adalah contoh kemurungan peringkat awal.

jangan berharap pada yang tidak menCINTAImu

angan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya.

Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya.

Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman. Datang  seorang ahli falsafah bertanya padanya, “Kenapa kamu menangis?”

Orang itu menjawab, “Aku sangat sedih, kenapa dia meninggalkanku”

Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata, “Kamu bodoh sekali!”

Lalu orang itu menjawab, “Kenapa berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakanku."

“Bodoh, kamu tak perlu sedih, kerana yang seharusnya sedih adalah dia,” kata ahli falsafah.

“Kenapa dia yang bersedih, bukankah dia yang meninggalkanku?”

Kata orang itu, “Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab ahli falsafah itu.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyum yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah

20 perkara wanita benci lelaki


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya

ego
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

cemburu buta
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
pengotor
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
kontrol macho

cinta & waktu

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada Cinta, Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan, Kesedihan dan sebagainya. Pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai datang menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta. Tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.
"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!" teriak Cinta. Dengan segera Kekayaan pun menjawab, "Ohh! Maafkan aku Cinta," kata Kekayaan. "Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tidak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagi pun tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini."

Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan sebuah perahu.

"Kegembiraan! Tolonglah aku!" teriak Cinta. Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengar teriakan Cinta. Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.

"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!" teriak Cinta

"Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta mula menangis terisak-isak.

"Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak mempedulikan aku?" rintihnya sayu.
Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pula Kesedihan dengan perahunya.

"Oh, Kesedihan bawalah aku bersamamu!" kata Cinta.

"Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian? " kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya. Cinta sudah mula putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. "Oh Tuhan tolonglah aku, apa yang akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa Cinta?"

Pada saat yang kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya, "Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke perahu itu tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu siapa sebenarnya orang itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata orang itu.

Cinta pun bertanya lagi, "Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku," tanya Cinta kehairanan.



"Sebab, hanya Waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu," kata orang itu. Setelah itu fahamlah Cinta akan kepentingannya di dunia ini.


p/s :Adakah CINTA perlukan KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN dan KEGEMBIRAAN?

Sabtu, 18 Jun 2011

perlu ke ada .. ?

Kita selalu disogokkan dengan kata cinta dalam sebuah cinta karya agung.Betapa kasih dan cintanya uda dan dara dalam bercinta.Hadapi dugaan yang datang.Dan kesan yang nak lagi nampak romantis adegan pegang tangan sudah menjadi kebiasaan.

Amat jarang sekali dapat kita lihat,kisah cinta yang sebenarnya dan ikut pada landas yang sebetulnya.Maksud apa yang aku nak kata ni,perlu ke adegan pegang tangan tu semua?nak tunjuk perasaan cinta tu terserlah.Adegan pegang tangan dah jadi macam biasa jer,asalkan nampak macam betul dalam cerita tu.


Cuma terfikir,sekarang ni dah terlalu banyak masalah yang sosial yang ada sekarang dikalangan remaja kita.Aku juga remaja dan aku juga faham apa yang remaja fikirkan.Inginkan keseronokan,kebebasan dalam kehidupan.Tapi kebebasan juga perlu pada tempat dan batasnya.Berbalik pada kisah cinta yang terlalu diagung-agungkan membuatkan kita leka dan alpa dibuai indahnya cinta.Sampai ada yang terlanjur kerana cinta.
Pengaruh dengan apa yang disampaikan dalam satu-satu adegan dalam cerita.

Bukan aku membenci apa yang disampaikan,tapi perlu ke kalau dengan nak buktikan kasih sayang dan cinta semua tunjukkan adegan romantis,pegang tangan ni semua,rangkul pinggang segala ni?jarang aku tengok jalan cerita cinta yang tak ada adegan pegang tangan ni,kebanyakkannya mesti ada.Kalau cerita cinta yang ikut pada landas agama,jarang dapat kita lihat ke aku yang tak pernah tengok?..

dari kerana mata ....

Kata orang dari mata turun ke hati,dari hati pula berputiklah cinta.Hati berdebar-debar bila mata bertentang mata,inikah cinta pandang pertama?..Oppss!tapi bukan cerita tu aku nak sampaikan,asyik cerita cinta hati bunga-bunga..euwww,hehe..

Berbalik pada tajuk entri "dari kerana mata".Mata,adalah salah satu anugerah nikmat yang Allah dah berikan pada kita.Anugerah yang sangat berharga dalam kehidupan.Melihat alam yang terbentang luas,alam ciptaanNya untuk kita hayati.Membuat kita berfikir dan mengkaji dari setiap apa yang berlaku.


Tapi ada juga yang salah guna nikmat yang Allah dah bagi pada kita.Seakan diri tak bersyukur dengan pemberian yang ada.Sebab apa,ada yang melihat benda yang tak sepatutnya.Tak kira siapa,baik lelaki mahupun wanita,perlu menjaga pandangan mata kita.Apa yang telah diberikan sekadar hanya pinjaman.


Aku pun tak sempurna,cuma manusia biasa yang selalu buat silap.Tapi itu bukan alasan untuk selalu melakukan kesilapan,sebab kita diberi akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk.Bagi lelaki kadang suka melihat benda yang tak elok,contoh tengok ada perempuan lawa yang pakai seksi sikit mesti tak berklelip mata dibuatnya.



"Rezeki depan mata siapa yang tak tengok kan?tipu kalau kata tak tengok.."



Betul,kalau yang terpandang secara tak sengaja tak apa,tapi bukan dengan pandangan yang kedua dan seterusnya.Bukan aku nak cerita tentang keburukan lelaki,tapi sekadar bercerita.Sebab dalam  al-Quran pun ada mengingatkan kita agar menjaga pandangan dan kemaluan,berpesan pada lelaki dan wanita.Dah terang dan nyata apa yang dikata agar memelihara setiap dari pandangan kita.


Aku sekadar bercerita,sebab sekarang aku tengok fesyen yang ada sekarang macam pelik pun ada.Mungkin aku ni buta dengan fesyen ni semua,tapi buat kaum wanita pun sama kena beringat.Tak salah kalau nak berfesyen segala,tapi jagalah auratnya juga.Nak salah lelaki pun tak boleh juga,sama-sama kita.

 Wanita pun kena jaga pandangan juga,bukan boleh tengok semua benda.Kalau ada abang yang badan berketul atau yang handsome pandangan tak berkelip.Bukan salah cuma kalau boleh tundukkan pandangan,agar tak mendatangkan fitnah.


Berpesan juga pada diri dan sesama kita.Selagi anugerah yang diberi masih ada,gunakan dengan sebaiknya.Jangan kufur nikmat yang diberi,takut nanti ditarik kembali.. 

Ahad, 12 Jun 2011

sahabat ..

Beruntung sebenarnya ada sahabat disisi yang sentiasa jadi pendengar yang setia,segala keluh kesah yang menyebabkan diri menjadi resah dapat dikongsi dengan sahabat yang memahami.Dan aku bersyukur kerana aku punya sahabat seperti itu.

Aku anak bongsu dalam keluarga,dan kata orang anak yang bongsu ini semestinya anak yang manja.Tidak,dan aku menafikan itu.Cuma ada masa dan ketika sifat sebagai manusia ingin dimanja itu ada,tapi bukan selalu.Aku lebih selesa dengan cara aku sendiri,jika aku punya masalah aku lebih selesa dengan cara mendiamkan diri tanpa berkongsi dengan sesiapa.Tapi itu semua dulu kerana kini aku punya sahabat disisi.Berkongsi cerita dari hati ke hati.


Tersangat bersyukur kerana aku punya sahabat seperti yang aku ada sekarang,walau bergurau kata kadangnya pedas tapi aku tahu sifatnya memang begitu.Saling menegur demi kebaikan,menjaga erti persahabatan yang telah terjalin.Sememangnya hendak membina sesuatu ikatan yang berlandaskan pada kesetiaan dan kepercayaan amatlah sukar.Kerana hati kita sebagai manusia tidak sama,namun aku bersyukur kerana ada sahabat yang sekepala sama berkongsi cerita tentang apa yang dipendamkan samada soal hati mahupun perasaan.


Terima kasih pada sahabat yang ada disisi,semoga apa yang terjalin kini akan kekal untuk selamanya.. 

maruah dan harga diri?..

 Maruah dan harga diri.Sebagai seorang muslim hendaklah pertahankan maruah dan harga diri yang ada.Hormati harga diri orang lain mahupun diri sendiri.Jangan biarkan harga diri dan maruah itu dipermudahkan oleh orang lain.
 
Kenapa aku bercerita tentang akan maruah dengan harga diri ni?aku bercerita dari keadaan  sekeliling aku sendiri dan kadang aku sendiri yang terkena dengan benda sebegini untuk dijadikan teladan.Setiap insan punya maruah dan harga diri dalam diri,apabila kita tahu menjaga akan maruah diri maka kita akan lebih dihormati.
Adab dalam pergaulan juga kita sudah diajar dari kecil antara lelaki dan perempuan,ada batas yang perlu dijaga.

Maruah diri bukan sekadar menjaga akan pergaulan antara lelaki dan perempuan,tapi juga menjaga aib  dan maruah orang lain.Maksud aku disini,kalau kita bergurau dengan teman-teman juga ada batasnya.Tak kisah sesama lelaki ataupun sesama perempuan,bila kita terlebih kata dan banyak bicara jadi makin banyaklah pula silapnya dalam tutur kata.Bergurau juga ada caranya,tapi jangan sampai menjatuhkan air muka dan maruah orang lain tanpa memikirkan perasaan yang mendengarnya.

Mungkin niat dihati sekadar gurauan,tapi hati yang mendengar tahu betapa malu dirasakan.Kalau melawan dikatanya tak sporting,tapi harus diingatkan.Tak semua boleh dijadikan bahan untuk dijadikan cerita.Bergurau juga ada batasnya,jangan sampai tak ingat dunia.Macam mana orang nak hormati kita kalau kita sendiri tak tahu nak menhormati orang lain.Jangan diri terus melenting bila terkena pada diri,kalau silap berpunca salah sendiri.

Entri sekadar renungan,apa yang dituturkan tak boleh nak ditarik semula.Ada yang terluka,ada yang terasa.Tanpa memikirkan perasaan yang mendengarnya.Maruah diri hendak dijaga,aib orang dicerita segala.Orang lain juga punya harga diri untuk dihormati,bukan untuk semudahnya diri dibiarkan dicaci..Berpesan pada diri,dalam menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati yang mendengarnya dan melakukan kesilapan..
  

bila cinta ...

Eh,macam tajuk lagu Lagenda Budak Setan jer?..Memang macam,tapi aku bukan nak ceritakan tentang lagu tema cerita tu pun.Tajuk jer sama,tapi jalan cerita aku nak kongsikan tak sama pun,hoho..


Bila kita sedang bercinta ni segalanya nampak indah dan terasa asyik sangat.Leka dengan indahnya cinta,hati dah ada yang sayang maka dah macam orang mabuk kepayang,hehe.Tak salah jika kita bercinta kerana itu satu fitrah semulajadi kita sebagai manusia ingin disayangi dan dicintai.Jangan cinta yang terlarang dahlah,eeuuww geli tu..hoho


Cerita ni tentang kita-kita.Tentang apa yang aku perhatikan dengan keadaan sekeliling walau tak semua yang buat macam tu.Cuma segelintir dari yang ada.Cinta tak kenal siapa pun,boleh terjadi pada kita semua.Tapi cinta biarlah lebih kepada berpada-pada.Berpesan kepada perempuan kalau bercinta,mahalkan diri tu.Jangan mudah terpedaya dengan kata cinta yang ada.Macam dalam entri aku sebelum ni pun ada ceritakan benda yang sama.


Kalau dalam masa tengah bercinta dosa hilang entah kemana.Lelaki kalau nak pegang tangan tu,cuba la marah-marahkan jugak dengan apa yang dah dibuat.Lelaki kalau dah bercouple ni,segala gatal dibadan keluar.Konon nak nampak romantik,pegang tangan sambil ungkap taat setia dalam bercinta,tu sebelum dapat apa yang diinginkan.Kalau dah dapat apa yang nak,ditinggalkan macam tu jer..

Bila bercinta ni,kita tak sedar sebab semuanya nampak indah.Kalau dah termakan dengan pujuk memujuk ni macam-macam boleh jadi.Dari mula pegang tangan,kemudian aksi yang lebih berani.Ingat dalam kita berdua-dua ada juga orang ketiga.Sayang dekat diri tu kalau benda yang tak elok berlaku,yang rugi nanti diri sendiri.Cinta boleh buat kita hilang waras untuk berfikir dengan sebaiknya.Nak menyesal pun dah tak guna.


Aku melihat pada keadaan sekeliling banyak yang jadi mangsa keadaan adalah perempuan,kerana cinta hilang segala.Malu keluarga yang ada kalau jadi benda tak elok.Setia seorang perempuan pada cintanya,tapi jangan terlebih-lebih.Tahu untuk menilai yang mana baik dan yang tidak.Jangan terlalu jadi hamba cinta sebab itu katanya nafsu.Kalau berfikir ikut katanya iman,tahu bezakan mana yang baik dan buruknya.

Aku bercerita sekadar untuk renungan,peringatan untuk diri aku jugak,sebagai manusia kita semua tak sempurna tapi tu bukan alasan untuk kita untuk terus leka dibuai kata cinta.Cinta sesama manusia,akan pudar ditelan masa.Cinta pada Yang Esa kekal abadi buat selamanya.. 

bila jari jemari sudah menaip..

Kata orang mata tulisan pena lebih tajam dari mata pedang.Dalam arus perubahan dan teknologi kini,segalanya kian berubah dengan adanya internet yang terdapat segala informasi yang meluas dan tanpa sempadan.Terpulang pada kita untuk gunakan dengan sebaiknya mahupun sebaliknya.


Dengan adanya internet juga kita dapat mengikuti perkembangan semasa dan segalanya bagai dihujung jari.Bak kata,taip apa yang diingini segalanya akan keluar dipaparan skrin.Begitu mudah,berita gosip?segalanya kita tahu dulu sebelum keluar dalam akhbar tempatan.Dan kini,blog juga dijadikan satu medium untuk berinteraksi antara satu sama lain.Memberi pendapat dan hujah yang sebelum ini hanya disimpan tanpa diluahkan.


Dan aku juga gunakan medium blog ini selain dari fesbuk untuk berinteraksi bersama rakan yang lain.Bertukar idea dan saling mengenali satu sama lain.Begitu berlainan sungguh cara kita berkomunikasi pada hari ni.Tapi ada juga yang mengunakan medium ini sebagai tempat untuk menjatuhkan antara satu sama lain.Sesautu yang kurang benar disampaikan dan disebarkan dengan mudah,dengan hanya segalanya menaip dari papan kekunci.Segalanya terpulang pada kita dalam memberikan sesuatu informasi itu dengan apa cara sekalipun.Tapi ingatlah,bukan kita sahaja yang melihat dan membacanya,tapi satu dunia dapat melihat apa yang ada.


Aku masih teringat akan kata-kata seseorang ini waktu mula aku berjinak dan masih cuba untuk mengenali dunia blog ini.Katanya,apa yang kita cuba sampaikan pada pembaca yang singgah dalam kita itu,adalah satu ilmu.Gunakan dengan sebaiknya,kalau apa yang kita sampaikan tak benar atau menjatuhkan orang lain sesama kita.Fikirkan baik buruk apa yang diberikan,dan aku masih pegang pada apa yang dikatakan.Kadang aku juga risau andai ada yang dikongsikan akan melukakan hati orang lain.


Kita apa yang kita sampaikan,gunakan apa yang ada dengan sebaiknya untuk kebaikan dan manfaat sesama kita.Itu adalah yang sebaiknya..

p/s:mesti orang tu ada singgah dan baca apa yang dipesankan pada aku,terima kasih untuk itu..^^, 

Jumaat, 10 Jun 2011

kisah fesbuk lagi ??

Fesbuk,siapa yang tak ada akaun fesbuk kan?sekurangnya ada antara dari kita mempunyai satu akaun fesbuk dan ada juga yang mempunyai lebih dari itu.Dengan arus kemodenan sekarang setiap dari kita takkan terlepas dari mengikuti perkembangan teknologi yang ada kini,cara bersosial yang lebih mudah dengan hanya dihujung jari.

Banyak sebenarnya kebaikan fesbuk ni,kalau kita tahu memanfaatkan kemudahan yang ada.Dengan fesbuk dari jauh kita dapat dekatkan,dan ada juga yang mengunakan medium fesbuk sebagai tempat mencari jodoh.Banyak kegunaanya dan kebaikan dari fesbuk ni,dan aku sekalipun tak menafikan itu.

Tapi setiap dari kebaikan pasti ada juga keburukannya.Ada juga yang mengunakan fesbuk dengan menjatuhkan antara satu sama lain.Kalau ada yang dibenci dan yang disakiti,salah satu cara yang mudah mengunakan medium fesbuk untuk saling sindir menyindir,maki memaki orang yang dibenci.Keluar status fesbuk dengan kata-kata mencarut bagai,marah yang teramat pada orang yang dibencinya.Bukan seorang dua yang membacanya,tapi boleh dikata satu dunia.Inilah dunia tanpa sempadan,teknologi hanya dihujung jari.


Memalukan antara satu sama lain,saling benci membenci.Hina menghina dan jadi seakan perkara biasa.Apa yang dikatakan seolah menjadi makanan harian dalam diri,seakan tak punya rasa bersalah untuk meluahkan apa yang dikatakan..Dari kata apa yang diungkapkan,orang dapat menilai siapa kita yang sebenarnya.



 "Aku punya wall,aku punya suka la nak kata apa...."


Betul,tersangatlah betul apa yang dikatakan.Memang fesbuk sendiri,ikut suka apa yang hendak dikatakan.Tapi orang sekeliling dapat menilai kita,siapa diri kita.Jika benci sekalipun usah dimalukan pada yang dibenci,ini letak status yang memalukan dan maki memaki.Ada pula yang komen jenis batu api,melagakan lagi apa yang terjadi.Semakin melaratlah perasaan marah dan benci dalam diri.

Manfaatkan kelebihan yang ada dengan sebaiknya,bukan dengan saling menjatuhkan antara satu sama lain.Jika ada perasaan benci,sama-sama muhasabah diri.Belajar untuk memaafkan dan tidak sekali untuk berdendam.Kerana itu tak mendatangkan sebarang faedah.Mencipta satu-satu hubungan memang mengambil masa,tapi dengan meruntuhkan sesuatu hubungan itu hanya sekelip mata.

Sabtu, 4 Jun 2011

kemaafan

Sebagai manusia ego tu memang ada,tak kira lelaki ataupun pun perempuan.Ego lelaki terlalu tinggi?mungkin.Bila dah lakukan kesilapan agak susah untuk meminta maaf.


Aku pun kadang kalau dah buat satu-satu kesilapan tu,agak susah untuk melafazkan kata maaf tu.Bukan niat sengaja untuk tak minta maaf atas apa yang dilakukan,tapi menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk melafazkan kata maaf .Tapi akan tiba ke waktu yang sesuai tu untuk minta maaf?selama berapa hari?makan minggu?sebulan dua?..


Kalau nak ditunggu selama mana masa tu hadir,percayalah takkan datangnya masa tu.Kerana syaitan tetap akan menangguh masa yang sesuai untuk kita sesama manusia berbaik semula,kerana pepecahan sesama kita adalah yang kemenangan baginya.Mesti pernah dengar kan kalau kita sesama muslim 3 hari tak bertegur sapa kan dah kira berdosa baginya?.Inikan pula kalau pergaduhan dan perselisihan faham yang berpanjangan selama beberapa lama.
Lagipun,tenang ke hati tu rasa kalau diri tu sentiasa berasa bersalah dengan apa yang dah dibuat?tak kira siapa benar ataupun tidak.Menang atau kalau siapa yang minta maaf dulu tak menjadi hal,kerana ia melibatkan hubungan kita sesama  manusia.Selagi masih ada masa dan ketika,minta maaf dengan apa yang telah dilakukan.Takkan jatuhnya maruah diri andai mengaku akan kesilapan diri.Bukakan hati,sucikan diri.Usah saling mementingkan diri sendiri,dengan memutuskan ikatan yang dah ada.Kerana kemaafan itu adalah sesuatu yang indah ((: semoga aku diberikan kekuatan untuk sentiasa mengalah dalam apa juga hal

Jumaat, 3 Jun 2011

kasih ibu membawa ke syurga

Dalam kasihnya ibu yang satu,betapa besarnya akan pergorbanan itu,dugaan dan cabaran dalam membesarkan anaknya.Terkadang ada terkasar bahasa,membuat ibu diam untuk bicara.Dalam amarah jiwa anak muda,memberontak mengikut kata nafsu.Ibu hanya berdiam dan pendam akan terguris kata si anak itu.Ibu diam dalam bisu,dalam renungan mata mengalir jernih linangan air mata.Menitis membasahi pipi ibu yang suci,wajah suram dan kelam kian nampak diwajah hati yang luka.

Si anak berasa berdosa akan kesilapan yang dilakukannya.Membuat hati berasa terhiris dan membuat si ibu menangis.Dosa yang ditanggung amat besar balasannya,anak memohon maaf akan ketelanjuran kata.Namun hati ibu yang punya rasa dan kasih,tetap memaafkan akan segala dosa yang dilakukan oleh anaknya.


Benarlah kata yang biasa didengar,kasih ibu membawa ke syurga.Walau sebesar mana pun akan kesilapan yang dilakukan oleh anaknya,jiwa seorang ibu yang pemaaf tetap sedia memaafkannya.Tanpa ada rasa dendam di dada,betapa tulusnya hati dan kasih akan si ibu.Walau betapa sukarnya dalam menjaga dan membesarkan anaknya,namun ibu sanggup untuk menjaga kesemua anaknya.

Tapi bila anak sudah dewasa,meningkat usia dan mengenal akan nikmatnya dunia.Segala jasa ibu dilupa,payah dan jerih dalam membesarkan kita semua.Jangan jadi anak yang mudah lupa.Tanpa doa restu dari ibumu,bukan mudah dalam menghadapi sebuah kehidupan.Hargai apa yang masih ada,sekadar untuk renungan.Aku juga berpesan pada diri agar sentiasa menghormati apa yang telah diajarkan

Hargai apa yang ada

Manusia selalunya kalau ada sesuatu yang didepan mata jarang sangat menghargainya..Bila sesuatu dah tak ada,baru la nak terhegeh-hegeh nak mencari menyesal dengan apa yang dah dibuat..Oh tidak,sudah terlambat.,aku pernah merasa perasaan itu.Peluang yang ada seharusnya dimanfaatkan dengan sepenuhnya..Aku pernah merasa saat kehilangan dan merasa sangat sakit akan perasaan itu,apa yang ada diabaikan tanpa memikirkan impak yang akan terjadi selepas itu..Menyesal untuk sesuatu yang perkara dah tak ada gunanya,kerana semuanya dah terlambat.Pesan seorang sahabat

 "jangan dikenang cerita yang lalu,mungkin itu adalah keputusan yang terbaik yang kamu fikirkan dan buat diwaktu itu,apa yang bakal terjadi kamu tak tahu,.Ada hikmah disebalik itu"

Berfikir sejenak akan benarnya kata sahabat aku itu,mungkin dulu aku belum matang dalam membuat sesuatu keputusan waktu itu.Aku akui itu.Apa yang terjadi tetap akan terjadi,aku ingat pesan kamu itu.Kini aku lebih menghargai dengan apa yang aku ada.Setiap saat dan ketika yang berlaku,sangat aku hargai.Tanpa sahabat disisi aku takkan setabah ini dalam apa yang aku lakukan.Terima kasih buat kamu sahabat..