...


Isnin, 23 Mei 2011

Erti kegagalan


Kegagalan bukanlah bererti aku seorang yang gagal. Ia hanya bererti aku seorang yang masih belum berjaya lagi. Kegagalan bukanlah bererti aku tidak mencapai apa-apa. Ia sebenarnya bererti aku sudah mempelajari sesuatu. Kegagalan bukanlah bererti aku seorang yang bodoh kerana mencuba. Ia bererti aku berani, aku teguh dan bersemangat waja - berbanggalah dengan diri anda.


Kegagalan bukanlah bermakna aku tidak akan berjaya. Ia hanyalah bermakna aku memerlukan sedikit masa lagi. Kegagalan bukanlah bermakna aku kecundang. Ia hanyalah bermakna aku berpeluang untuk bangun semula. Mencuba sesuatu yang baru. Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan aku. Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik lagi. Jadi benarlah kegagalan itu tidak pernah muktamad...

" GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA AKAN GAGAL SELAMA-LAMANYA "

comeback dan gagal lagi


EXAM daaaaaa habis ,hurray !!!!
Ok, dalam tiga hari cuti ni, jumaat ,sabtu and ahad aku stay rumah biasalah. Kerja aku tido, makan, mandi, layan citer, bergurau senda bersama keluarga dan membuli anak buah tersayangku. Itu kegiatan wajib. HAHAHA ~

Exam? Result... itu..... perkara yang tidak patut dibangkitkan disini.

Sebab aku fail lagi untuk kesekian kalinya.

Ya, GAGAL. !!!

Tapi masih ada exam 2X before exam sebenar stpm yang bakal aku duduki untuk kali ke dua. Aku masih ada peluang lagi

Tapi, secara jujurnya, aku terpikir, patutka aku tukar kos sekarang? Kenapa aku asyik gagal? Kenapa dan kenapa? haishhhh ~ mybe aku malas .. huhu ,teda di nafikan

Ni ujian Allah. Aku dah berusaha sehabis mungkin yang aku mampu, tapi rezeki masih tak menyebelahi aku.

Dan aku rasa nak ketuk kepala sendiri bila yang aku sedar aku dah mula rasa give up time-time macam ni. ieda jangan give up ,berapa bulan lagi !!!!! last chance ~ 

Please wahai hati, jangan give up sekarang. My journey just begin, why should i feel depressed already?

Ya Allah, kuatkan lah hati hambamu ini.

*eh, tiba2 jadi serius..chill2..

Daa~~

Ahad, 22 Mei 2011

kembali ke zaman sekolah

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah pada yang mendapat keputusan cemerlang dalam stpm yang lepas dan masih belum terlewat rasanya untuk aku ucapkan.Yang kurang berjaya,jangan mudah berputus asa dengan keputusan yang dapat.Yang penting dah usaha dan tu yang terbaik dapat dilakukan.Dengan keputusan yang kurang baik masa dapat tu tak bermakna hidup pun dah tak bermakna,stpm adalah gerbang bagi memulakan langkah dalam sebuah kehidupan.Hala tuju selepas tu adalah penting.

Apa yang aku nak ceritakan disini,cerita tentang pengalaman aku semasa disekolah.Aku bukanlah seorang pelajar yang cemerlang pun dalam bidang akademik,ada juga subjek yang aku belajar aku lemah.Sikap malu bertanya menyebabkan aku sedikit mundur dalam pelajaran.malu yang tak bertempat dalam sesuatu hal.Tapi aku bersyukur punya rakan dan guru yang banyak membantu aku dalam menyelesaikan sesuatu perkara,sedia membantu disaat aku perlu.

Hubungan yang rapat diantara guru dan pelajar amat penting.Sebabnya guru diibaratkan sebagai ibu bapa yang kedua waktu disekolah,sikap saling menghormati diantara satu lain.Masih lagi aku ingat sewaktu disekolah aku jugak pernah didenda dengan guru disebabkan tak siapkan kerja sekolah,bermain-main dalam kelas dan mengganggu pelajar lain*aku pun nakal jugak kat sekolah dulu,hoho..*.Dan aku dirotan atas kesalahan yang aku sendiri buat,aku tak pernah berdendam kerana itu.Sebabnya aku tau,guru nak mendidik dalam membentuk sahsiah pelajar yang baik satu hari nanti.Tanda guru sayang akan kita.

Tapi berbeza dengan situasi yang berlaku sekarang.Dari pandangan aku dan juga sahabat aku yang kerjayanya sekarang adalah guru,pelajar dan guru saling tidak sebulu.Pantang pelajar dijentik sikit,mula dengan sifat dendam pada guru.Kalau ditegur dilawan balik guru,kalau tak pun kereta guru dah sedia menanti menjadi mangsa.Terlalu banyak perubahan dengan sekarang.Masalah yang pelbagai,bukan aku nak pelajar yang ada sekarang tak bagus,tapi segelintir diantara pelajar yang ada.Disiplin dalam diri yang kurang dan sikap hormat pada guru dah tak ada.Masih ada dikalangan rakan-rakan aku sekarang kalau berjumpa dengan guru kat luar masih lagi bertegur sapa dan memberikan salam.Tanda hormat pada guru masih ada,walau lama tak mengajar.Ingat jasa guru yang mendidik kita dulu.



Ingat walau macam mana pun ada dendam pada guru waktu sekolah dahulu,jangan terlalu ikutkan emosi.Tugas guru tu amatlah berat dalam mendidik kita dan seharusnya bersyukurlah sebabya guru pernah marah kita dulu.Punya sebabya yang tersendiri.Mungkin sekarang tak nampak apa rasionalnya kerana jiwa masih muda,tapi ingat suatu hari nanti bila sudah punya keluarga,akan tahu bila sebabnya nanti.Akan terkenang balik apa yang kita pernah buat waktu di sekolah dulu. 


erti sebuah kehidupan

Berbagai ragam manusia yang aku dah jumpa,dengan pelbagai kerenah yang ada.Ada yang katanya cakap tak serupa dengan apa yang dikata.Kadang ada yang sekadar kata bermuka-muka,namun walau berbagai manusia yang aku jumpa itulah yang telah mencorakkan hari-hari aku dalam kehidupan yang ada sekarang.

Kisah kehidupan aku yang kadang ada kalanya masanya suram dan kelam,namun aku tahu walau sesukar mana pun yang aku tempuh masih ada lagi yang insan lain yang sukar dalam hadapi harinya.Bukan aku sahaja yang ada di dunia yang fana ini,tapi begini la kehidupan.Melihat akan tahunya kita dalam menghargai erti sebuah kehidupan yang sekadar pinjaman.

Dengan kehidupan yang bermasyarakat,masih ada yang tidak senang melihat akan keselesaan orang lain.Mencari satu kesalahan demi kesalahan akan orang lain.Semua yang dilakukan serba tak kena walau tidak membuat salah apa.Masih ada yang punya sifat dengki melihat kejatuhan orang lain.Apa yang dikatakan bagi aku pedulikan saja sebab itu hanya melemahkan.

Bagi aku,walau apa yang dilakukan betul dan tak bertentangan dengan apa yang dilakukan,teruskan dengan apa yang hendak dilakukan.Biar apa pada orang yang mengata,buktikan kemampuan yang ada.Capai apa yang dicita,dengan keringat yang ada.Bukan saling menjatuhkan orang lain dengan kata yang tidak membina.

Itulah sebenar-benar kehidupan yang mencorakkan perjalanan hidup yang ada sekarang.Walau sesukar mana pun halangan,tetap juga ditempuh.Moga hari-hari yang mendatang mematangkan aku dalam membuat sesuatu pilihan yang terbaik untuk masa depan.InsyaAllah 

sekadar renungan


Bermacam cerita yang kita baca di dada akhbar sekarang dengan masalah yang pelik-pelik pun ada.Cerita masalah remaja yang berbagai.Terasa ngeri pulak baca cerita yang ada sekarang,kalau dulu tengok akhbar tak ada la kes yang macam ni semua.Sekarang memang tak boleh nak cakap,ada jer yang jadi.

Kenapa semua ni berlaku?cerita yang seakan tak ada kesudahan.Kalau tengok dari cerita remaja putus cinta dengan kes anak luar nikah yang lahir dan isu-isu lain yang dibangkitkan.Macam-macam masalah moral yang ada dapat kita tengok sekarang.Kalau dulu benda macam ni memang malu kalau anak dara yang kalau perangainya yang agak liar keluar dengan suka-suka.Tapi sekarang seakan dah jadi macam perkara biasa.Peredaran masa,merubah corak pemikiran kita dan tata susila adab yang perlu dijaga.


Mungkin nak kata aku kolot dengan benda macam ni.Tapi walau macam mana pun peredaran masa dan majunya satu-satu benda tu,tapi harus diingatkan ada yang perlu dijaga.Nilai ketimuran yang harus ada dalam diri setiap individu itu sendiri.Dalam Islam sendiri pun ada menyatakan tentang adab dalam pergaulan.Bukan semua boleh dibuat secara suka-suka,ada juga batasnya.

Sifat malu dalam diri seakan kurang,bukan aku nak katakan yang kaum wanita jer,tapi aku berpesan pada kaum adam jugak sama.Sebab kita adalah sama,jadi tak ada isu kata aku menyalahkan satu pihak jer.Benda tak akan terjadi kalau sekadar bertepuk sebelah tangan.Kedua belah pihak memainkan peranan dalam apa jugak keadaan.


Mungkin entri seakan berat kalau dibaca,tapi aku bercerita setelah mendengar dari pendapat dan pengalaman seorang tua.Bercerita dengan apa bezanya kita dengan orang dulu-dulu.Melihat dari perubahan zaman,pergaulan antara lelaki dan perempuan.Remaja dulu dan sekarang memang terlalu banyak bezanya.Katanya anak remaja sekarang terlalu liar pengaulannya,ditegur nanti katanya kita siapa.Masa merubah segalanya.


Walau macam mana pun majunya kita,ingat pada agama,adat dan budaya.Jangan sekadar Islam pada nama,tapi perlakuan tak selari dengan apa yang dilakukan.Cerita dari keluhan seorang tua,aku kongsikan bersama..Sekadar renungan antara kita..

New Life



I've been sitting around this life for years,
Not enough laughs and too many tears.

Trying to figure out where it all went,
These wasted years that I have spent.



Searching for something to go beyond,
Life's a stone skipping across a pond.
At the last skip, it hits with a splash,
Down the stone sinks, gone in a flash.



Pushing and pulling, it's tearing apart,
Poking and prodding an underused heart.
This dark velvet curtain that hides my soul,
Living this life has taken it's toll.



In a flash of bright light, the curtain is torn,
Tumbling down all tattered and worn.
Revealing new life, a child within,
Born free of hate, of suffering and sin.



Now my eyes see what has never been told,
Striving forth happy, confident and bold.
Into a world that's unfamiliar but friendly,
Into this new life my spirit will send me.



Living and laughing, loving it all,
I stood myself up and answered the call.
The darkness has gone, replaced by the light,
I gave up the darkness with hardly a fight.



I've been sitting around this life for years,
With laughter aplenty and hardly a tear.
Now I can see just where it all went,
Cherish every moment of this new life I've spent.



by Paul Bodet