Kegagalan bukanlah bererti aku seorang yang gagal. Ia hanya bererti aku seorang yang masih belum berjaya lagi. Kegagalan bukanlah bererti aku tidak mencapai apa-apa. Ia sebenarnya bererti aku sudah mempelajari sesuatu. Kegagalan bukanlah bererti aku seorang yang bodoh kerana mencuba. Ia bererti aku berani, aku teguh dan bersemangat waja - berbanggalah dengan diri anda.
Kegagalan bukanlah bermakna aku tidak akan berjaya. Ia hanyalah bermakna aku memerlukan sedikit masa lagi. Kegagalan bukanlah bermakna aku kecundang. Ia hanyalah bermakna aku berpeluang untuk bangun semula. Mencuba sesuatu yang baru. Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan aku. Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik lagi. Jadi benarlah kegagalan itu tidak pernah muktamad...
" GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA AKAN GAGAL SELAMA-LAMANYA "






Tiada ulasan:
Catat Ulasan