...


Jumaat, 15 Julai 2011

aku lemah sebenarnya


Ketika aku senang, mudah sahaja aku berkata "tidak".
Tapi, bila kesusahan itu melanda diri ku, disitu baru aku mahu berkata "tolonglah".
Bila keperitan itu datang, aku  mengeluh pada Tuhan. Bila ketika iman tidak kuat, rasa marah akan datang lalu membenci qada dan qadar dari Tuhan.
Meronta-ronta aku dibuatnya. Segalanya rasa macam nak marah kepada benda yang terjadi sebab kemahuan aku tidak ditunaikan. Pabila orang lain menasihati agar kembali kepada Allah, aku menolaknya bulat-bulat.
Kemudian aku menjadi hampa dan menangis kerana aku tak tahu apa nak buat. aku mahukan keinginan ku dimakbulkan tetapi aku sendiri enggan bergantung kepada Allah.
             INGATLAH, Allah itu Maha Adil kepada kita semua.

Yakinlah bahawa Allah itu sangat menyayangi kita semua. Setiap doa kita semuanya pasti didengari olehNya. Dia Tuhan kita, kepadaNya kita kembali. KepadaNya tempat kita bergantung.
Setiap kesusahan insan pasti ada kesenangan disampingnya.
Cuba kita fikir sejenak, kalau kita terkena kesusahan sekarang, kita yakin ka pada masa hadapan kita terus dalam kesusahan?Kadang-kadang kita yang lebih BERLAGAK dihadapan Tuhan.
Sebaliknya, Allah menyuruh kita supaya terus dan menerus BERDOA kepadaNya segala hajat kita.
Walau kita menyembunyikan perasaan kita di hadapan orang, tapi Allah tahu apa yang ada dihati kita.
Walau kita menangis bersendirian tanpa orang disisi, tapi Allah sentiasa bersama mu.
Tiada siapapun yang mampu tahu keperitan kita di hati selain Allah.
Tiada siapapun yang mampu memberikan kasih sayang yang paling sempurna selain Allah

                                            Bahkan, Allah lebih mengerti apa yang hatimu mahukan.
Segalanya, pasti amat bererti di hati kita jika kita sedar bahawa semua yang kita perolehi sekarang ialah datang dari kasih sayang Allah.

Renungkanlah.. sebenarnya aku lemah sebagai hamba allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan