...


Jumaat, 15 Julai 2011

aku tak bersemangat ?

Aku tidak bersemangat?
Hati merasa begitu kosong?

Cuba kita bayangkan sebuah tin biskut. Kita jentik sikit di dindingnya. Jika ada biskut di dalamnya, mesti ia menghasilkan bunyi yang padat (berisi). Namun, kalau selepas berbuka dengan biskut tersebut, cuba kita jentik lagi dinding tin biskut tu. Apa yang kita dengari? Bunyi gelombang biskut dah habis kan...

Begitu juga dengan kehidupan. Bagi pendapat aku, hati yang sunyi, tidak bersemangat dan kosong itu hasil dari kelalaian kita. Iaitu kelalaian kita kepada Allah swt.
Allah tidak bergantung kepada kita, tetapi kita yang memerlukan Allah untuk tempat kita bergantung. Kita perlukan hidayah dariNya untuk terus menyinari perjalanan hidup kita.
Cuba kita semak semula kitab sejarah hidup kita semalam. Kita cari index "kelalaian" yang telah kita lakukan. Lihat perbuatan yang kita telah lakukan. Kemudian renungkan sekejap, kenapa kita melakukannya?

Dah siap semak? Kita pergi ke next step...

Sekarang, kita tutup buku sejarah hidup kita tu, dan pergi ambil wuduk dulu. Semoga keberkatan air wuduk itu dapat menyucikan diri kita dan kesejukkan air wuduk itu mampu mengetuk diri kita agar kembali segar dan fokus pada jalanNya.

Dah siap step kedua?

Orait, kita cek jam kat dinding, kalau dah masuk waktu solat, jom cepat-cepat kita berjumpa dengan Allah untuk meminta ampun kepadaNya. Mohon agar hati kita yang kosong tu dipenuhi semula dengan cahaya hidayahNya agar sentiasa terisi di hati kita.
Percayalah, Allah merindui doa mu kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha mengasihani..

Kekosongan sementara dihati mu itu menandakan betapa perlunya kita kepadaNya.
Usahlah menyombong diri yang telah kosong hatinya dengan mencari kedamaian dari dunia, tapi carilah dari Pencipta kita semua.



-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan