Jumaat, 15 Julai 2011
cemburu melihat kejayaan orang lain
semua orang mesti pernah gagal dalam hidup..tak dinafikan aku pun pernah ..terus terang aku katakan, masa aku gagal, itulah kegagalan yang paling besar aku hadapi..rasa sedih sangat masa tu..tapi bila aku fikir, tiada guna untuk bersedih..tiada guna untuk menangis ..walaupun kegagalan itu sangat menyeksa hati, tapi yang penting, kita dah berusaha sedaya upaya untuk tidak gagal..
cemburu dengan kejayaan orang lain?
ikhlas aku katakan, aku pun tidak terkecuali daripada cemburu melihat kejayaan orang lain..tapi cemburu seperti ini dibolehkan..untuk kita bergerak lebih maju, kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan kita mencabar diri kita untuk lebih berjaya daripada orang lain..tetapi sikap cemburu dengan kejayaan orang lain mesti lah dibentuk dengan persaingan yang sihat dan bukannya iri hati sehingga menjatuhkan pesaing kita..
itu yang perlu kita fahami..
kita jangan berdiam diri bila gagal, sebaliknya mulakan strategi baru yang lebih tersusun untuk mencapai kejayaan..kalo kita lihat sejarah orang-orang berjaya, sebelum mereka berjaya, mereka telah mengharungi liku-liku kepayahan dan kegagalan sebelum digelar berjaya..
perasaan cemburu perlu terbit bila kita mengalami kegagalan untuk terus mendapat momentum mengejar kejayaan yang diimpikan..Lihat orang yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh, kita juga boleh. Untuk maju, kita mesti “cemburu” dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri, kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita. Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.
berkata pada hati kita bahawa "aku ingin berjaya" dan "jom tawan menara kejayaan"..ingat, "jangan biarkan diri kita hanyut dengan kekecewaan dan kesedihan kerana kegagalan" sebaliknya, "kita berusaha bersungguh-sungguh lagi"
bermula dari sekadar impian, dari impian menjadi realiti..jom kita realisasikan impian kita..ayuhh!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






Tiada ulasan:
Catat Ulasan