...


Ahad, 10 Julai 2011

keras Hati


Dulu, hati aku bukan begini.

Dulu hati aku lain.
Lembut gila hati aku.
Selembut roti gardenia atau lebih lembut lagi. Hiuhiu.
Mudah maafkan orang.
Mudah menerima apa yang orang lakukan pada aku.
Sehingga mampu paksa-rela berserah aje apa yang orang lakukan pada aku.
Sakitkan hati?
Ambil kesempatan?
Berpura-pura baik?
Melakukan kesalahan kemudian minta maaf dan aku maafkan kemudian dilakukan berulang-ulang kali kesalahan yang sama sehingga menjengkelkan orang sekeliling melihatnya? Itu pun aku tak ambil kisah.
Yang penting diri aku ini ikhlas menerima.


Dulu yang aku tahu depan orang aku harus gembira. Kalau orang tu sakitkan hati aku, aku tak boleh sakitkan hati dia kembali. Berdosa! Dan bila sakit hati, harus disimpan didalam hati dan menangis sendirian untuk memujuk hati yang lara.
Ah, itu dulu! Kan aku sudah katakan tadi itu aku yang dulu.
Sayangnya, sekarang aku tak macam dulu.
Apa yang pernah terjadi mengajar aku menjadi manusia yang berperasaan.
Ya, berperasaan marah, sedih, gembira, sakit hati, tertawa & macam-macam lagilah yang sebelum ni aku rasa aku takde perasaan tu.
Sekarang korang harap aku macam dulu ke?
Memang TAK!
Di info buku wajah awal-awal aku dah sound yang aku tak suka orang yang cari pasal.
Tapi tetap juga ada yang tak faham bahasa, masih mencari pasal.
Sejak aku melangka ke alam remaja aku belajar menjadi manusia keras hati.
Keras hati supaya orang tak sewenang-wenangnya memijak kepala aku, mengambil kesempatan pada kebaikan aku (ada orang cakap aku ni baik, so aku mengakulah memang aku baik, dia je yang tak berapa nak baik bagi aku), mempermainkan perasaan aku seolah-olah aku ni langsung takde perasaan.
Perkara-perkara ini bila menerjah di ruang ingatan, benar-benar mencabar kesabaran. Hati menjadi bertambah sakit!
Lagi menjengkelkan bila yang menyakitkan hati itu semuanya manusia pra-matang.
Lahir tak cukup bulan barangkali ataupun kurang kasih sayang keluarga. Owhhh kasihan...
Pra-matang yang sepatutnya hal itu hanya aku dan dia je yang tahu, di war-warkan sehingga kawan-kawan serta kaum keluarga aku pun turut mengetahuinya.
Aduh! Sangat-sangat pra-matang.
Kasihan lagi sekali. Hikhikhik.
(Barangkali juga kerana kesemua mereka lebih muda daripada aku. Berbeza tahun atau hanya berbeza bulan itupun dikira lebih muda dari aku).
Maaflah, sekarang aku memang tak mampu memberi kemaafan pada orang yang menyakitkan hati aku dan yang suka cari pasal sehingga membabitkan orang keliling aku. Itu dah termasuk memalukan aku!
Ya, aku malu bila mereka (orang sekeliling aku) bertanya, "dia ni kawan kau ke? Apasal macam psiko je! Sakit jiwa? Kurang perhatian?"
Sebenarnya paling memalukan ayat "KAWAN" tu.
Entahlah, aku rasa setakat ni Allah kurniakan aku sahabat-sahabat yang baik.
Tak tahulah bila masa manusia-manusia bertopeng ini menjadi kawan aku. Rasanya aku tak cari diorang, diorang yang cari aku.
Bak kata seseorang ni pada aku,
"Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda BAIK kerana orang JAHAT tak akan pilih orang JAHAT untuk diperdayakan."
Yeah... dia betul! Mungkin sebab muka aku ni nampak macam baik, naif, nerd sebab tu bagi diorang senang kot nak buat apa je... Dulu iya, sekarang dah tak!
Diorang itu ramai. Yang menyakitkan hati aku, buat perkara-perkara tak baik pada aku bukan seorang.
Ramai! Ianya termasuk lelaki dan perempuan.
Yang cemburu buta dengan aku sebab berkawan rapat dengan teman lelaki dia (it does'nt mean kitorang duduk rapat-rapat!) pun termasuk manusia yang menyakitkan hati dan menjengkelkan, kan?
Nah, entri ni memang khas aku buat untuk korang!
Aku tahu korang memang suka aku buat entri untuk korang, kan?
Sejujurnya, aku pun suka! Sesungguhnya manusia ni dalam kelalaian melainkan yang beramal soleh dan berpesan-pesan pada KEBENARAN dan kesabaran
Dan lepas ni tak perlu jadi Anonymous lagi untuk komen blog aku! Sebab komen korang aku takkan approve. Menyemak! Walau korang bagi ayat bunga-bunga sekalipun tetap aku takkan approve!
Blog aku tak perlu komen daripada orang macam korang.
Dan terima kasih sebab korang mengajar aku menjadi manusia yang keras hati!
Hati aku keras pada orang macam korang aja, pada orang yang tak cari pasal dengan aku, keluarga dan sahabat karibku, hati aku masih lembut, selembut gardenia. Kehkehkeh.

P/S : Sekurang-kurangnya keras hati itu lebih baik daripada BUSUK hati!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan