...


Rabu, 17 Ogos 2011

hidup perlukan semangat




Walau apa jua yang berlaku di masa lalu, kuatkan semangat untuk membina hidup yang baru. Semua apa yang berlaku di masa lalu terima saja sebagai sebahagian daripada sejarah hidup.
Paling penting, jangan selalu toleh ke belakang lagi, kerana ia akan ‘menahan’ diri kita dari terus bergerak maju ke depan. Sebab tiap kali menoleh ke belakang, berbagai perasaan timbul. Tertekan, sedih, kecewa dan seribu satu macam lagi bersarang tiba-tiba di benak jiwa kita.
Kesannya, motivasi pada diri menurun dan mood kita berubah tiba-tiba. Lama-kelamaan fikiran-fikiran negatif mudah masuk ke dalam minda kita dan kesannya, kitaa jadi tak bersemangat, lemah, longlai dan bagaikan tak bernyawa.
Allah sayang pada hamba-hambanya. Dia takkan menurunkan musibah begitu saja, mesti ada hikmah disebaliknya dan menjadi tugas kita untuk menilai diri, apa yang kita buat dan sebanyak mana kita mengingati DIA satu masa dulu.
Walau tiada siapa yang mendengar jeritan suara batin kita, dia sentiasa mendengar. Merintih, mengadu dan memuji namanya dalam doa-doa kita adalah perkara terbaik untuk dilalukan di saat tiada siapa yang boleh duduk bersama mendengar luahan hati kita.
Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pembakar semangat ! Di kala orang mengecapi kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan, kita juga berhak mencapai yang sama, hanya perlu mengatur strategi kita sendiri untuk mencapai semua itu.
Senaraikan 4 perkara yang kita mahu capai dalam hidup, sebab apa kita mahu mencapainya dan apa makna 4 perkara tersebut pada diri kita.
Di saat kita tidak tahu ke mana mahu berjalan, kata hati dan naluri kita merupakan teman terbaik. Usaha membina hidup baru, tapi bila dah mencapainya ia merupakan satu kejayaan yang amat manis !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan