...


Ahad, 12 Jun 2011

maruah dan harga diri?..

 Maruah dan harga diri.Sebagai seorang muslim hendaklah pertahankan maruah dan harga diri yang ada.Hormati harga diri orang lain mahupun diri sendiri.Jangan biarkan harga diri dan maruah itu dipermudahkan oleh orang lain.
 
Kenapa aku bercerita tentang akan maruah dengan harga diri ni?aku bercerita dari keadaan  sekeliling aku sendiri dan kadang aku sendiri yang terkena dengan benda sebegini untuk dijadikan teladan.Setiap insan punya maruah dan harga diri dalam diri,apabila kita tahu menjaga akan maruah diri maka kita akan lebih dihormati.
Adab dalam pergaulan juga kita sudah diajar dari kecil antara lelaki dan perempuan,ada batas yang perlu dijaga.

Maruah diri bukan sekadar menjaga akan pergaulan antara lelaki dan perempuan,tapi juga menjaga aib  dan maruah orang lain.Maksud aku disini,kalau kita bergurau dengan teman-teman juga ada batasnya.Tak kisah sesama lelaki ataupun sesama perempuan,bila kita terlebih kata dan banyak bicara jadi makin banyaklah pula silapnya dalam tutur kata.Bergurau juga ada caranya,tapi jangan sampai menjatuhkan air muka dan maruah orang lain tanpa memikirkan perasaan yang mendengarnya.

Mungkin niat dihati sekadar gurauan,tapi hati yang mendengar tahu betapa malu dirasakan.Kalau melawan dikatanya tak sporting,tapi harus diingatkan.Tak semua boleh dijadikan bahan untuk dijadikan cerita.Bergurau juga ada batasnya,jangan sampai tak ingat dunia.Macam mana orang nak hormati kita kalau kita sendiri tak tahu nak menhormati orang lain.Jangan diri terus melenting bila terkena pada diri,kalau silap berpunca salah sendiri.

Entri sekadar renungan,apa yang dituturkan tak boleh nak ditarik semula.Ada yang terluka,ada yang terasa.Tanpa memikirkan perasaan yang mendengarnya.Maruah diri hendak dijaga,aib orang dicerita segala.Orang lain juga punya harga diri untuk dihormati,bukan untuk semudahnya diri dibiarkan dicaci..Berpesan pada diri,dalam menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati yang mendengarnya dan melakukan kesilapan..
  

bila cinta ...

Eh,macam tajuk lagu Lagenda Budak Setan jer?..Memang macam,tapi aku bukan nak ceritakan tentang lagu tema cerita tu pun.Tajuk jer sama,tapi jalan cerita aku nak kongsikan tak sama pun,hoho..


Bila kita sedang bercinta ni segalanya nampak indah dan terasa asyik sangat.Leka dengan indahnya cinta,hati dah ada yang sayang maka dah macam orang mabuk kepayang,hehe.Tak salah jika kita bercinta kerana itu satu fitrah semulajadi kita sebagai manusia ingin disayangi dan dicintai.Jangan cinta yang terlarang dahlah,eeuuww geli tu..hoho


Cerita ni tentang kita-kita.Tentang apa yang aku perhatikan dengan keadaan sekeliling walau tak semua yang buat macam tu.Cuma segelintir dari yang ada.Cinta tak kenal siapa pun,boleh terjadi pada kita semua.Tapi cinta biarlah lebih kepada berpada-pada.Berpesan kepada perempuan kalau bercinta,mahalkan diri tu.Jangan mudah terpedaya dengan kata cinta yang ada.Macam dalam entri aku sebelum ni pun ada ceritakan benda yang sama.


Kalau dalam masa tengah bercinta dosa hilang entah kemana.Lelaki kalau nak pegang tangan tu,cuba la marah-marahkan jugak dengan apa yang dah dibuat.Lelaki kalau dah bercouple ni,segala gatal dibadan keluar.Konon nak nampak romantik,pegang tangan sambil ungkap taat setia dalam bercinta,tu sebelum dapat apa yang diinginkan.Kalau dah dapat apa yang nak,ditinggalkan macam tu jer..

Bila bercinta ni,kita tak sedar sebab semuanya nampak indah.Kalau dah termakan dengan pujuk memujuk ni macam-macam boleh jadi.Dari mula pegang tangan,kemudian aksi yang lebih berani.Ingat dalam kita berdua-dua ada juga orang ketiga.Sayang dekat diri tu kalau benda yang tak elok berlaku,yang rugi nanti diri sendiri.Cinta boleh buat kita hilang waras untuk berfikir dengan sebaiknya.Nak menyesal pun dah tak guna.


Aku melihat pada keadaan sekeliling banyak yang jadi mangsa keadaan adalah perempuan,kerana cinta hilang segala.Malu keluarga yang ada kalau jadi benda tak elok.Setia seorang perempuan pada cintanya,tapi jangan terlebih-lebih.Tahu untuk menilai yang mana baik dan yang tidak.Jangan terlalu jadi hamba cinta sebab itu katanya nafsu.Kalau berfikir ikut katanya iman,tahu bezakan mana yang baik dan buruknya.

Aku bercerita sekadar untuk renungan,peringatan untuk diri aku jugak,sebagai manusia kita semua tak sempurna tapi tu bukan alasan untuk kita untuk terus leka dibuai kata cinta.Cinta sesama manusia,akan pudar ditelan masa.Cinta pada Yang Esa kekal abadi buat selamanya.. 

bila jari jemari sudah menaip..

Kata orang mata tulisan pena lebih tajam dari mata pedang.Dalam arus perubahan dan teknologi kini,segalanya kian berubah dengan adanya internet yang terdapat segala informasi yang meluas dan tanpa sempadan.Terpulang pada kita untuk gunakan dengan sebaiknya mahupun sebaliknya.


Dengan adanya internet juga kita dapat mengikuti perkembangan semasa dan segalanya bagai dihujung jari.Bak kata,taip apa yang diingini segalanya akan keluar dipaparan skrin.Begitu mudah,berita gosip?segalanya kita tahu dulu sebelum keluar dalam akhbar tempatan.Dan kini,blog juga dijadikan satu medium untuk berinteraksi antara satu sama lain.Memberi pendapat dan hujah yang sebelum ini hanya disimpan tanpa diluahkan.


Dan aku juga gunakan medium blog ini selain dari fesbuk untuk berinteraksi bersama rakan yang lain.Bertukar idea dan saling mengenali satu sama lain.Begitu berlainan sungguh cara kita berkomunikasi pada hari ni.Tapi ada juga yang mengunakan medium ini sebagai tempat untuk menjatuhkan antara satu sama lain.Sesautu yang kurang benar disampaikan dan disebarkan dengan mudah,dengan hanya segalanya menaip dari papan kekunci.Segalanya terpulang pada kita dalam memberikan sesuatu informasi itu dengan apa cara sekalipun.Tapi ingatlah,bukan kita sahaja yang melihat dan membacanya,tapi satu dunia dapat melihat apa yang ada.


Aku masih teringat akan kata-kata seseorang ini waktu mula aku berjinak dan masih cuba untuk mengenali dunia blog ini.Katanya,apa yang kita cuba sampaikan pada pembaca yang singgah dalam kita itu,adalah satu ilmu.Gunakan dengan sebaiknya,kalau apa yang kita sampaikan tak benar atau menjatuhkan orang lain sesama kita.Fikirkan baik buruk apa yang diberikan,dan aku masih pegang pada apa yang dikatakan.Kadang aku juga risau andai ada yang dikongsikan akan melukakan hati orang lain.


Kita apa yang kita sampaikan,gunakan apa yang ada dengan sebaiknya untuk kebaikan dan manfaat sesama kita.Itu adalah yang sebaiknya..

p/s:mesti orang tu ada singgah dan baca apa yang dipesankan pada aku,terima kasih untuk itu..^^, 

Jumaat, 10 Jun 2011

kisah fesbuk lagi ??

Fesbuk,siapa yang tak ada akaun fesbuk kan?sekurangnya ada antara dari kita mempunyai satu akaun fesbuk dan ada juga yang mempunyai lebih dari itu.Dengan arus kemodenan sekarang setiap dari kita takkan terlepas dari mengikuti perkembangan teknologi yang ada kini,cara bersosial yang lebih mudah dengan hanya dihujung jari.

Banyak sebenarnya kebaikan fesbuk ni,kalau kita tahu memanfaatkan kemudahan yang ada.Dengan fesbuk dari jauh kita dapat dekatkan,dan ada juga yang mengunakan medium fesbuk sebagai tempat mencari jodoh.Banyak kegunaanya dan kebaikan dari fesbuk ni,dan aku sekalipun tak menafikan itu.

Tapi setiap dari kebaikan pasti ada juga keburukannya.Ada juga yang mengunakan fesbuk dengan menjatuhkan antara satu sama lain.Kalau ada yang dibenci dan yang disakiti,salah satu cara yang mudah mengunakan medium fesbuk untuk saling sindir menyindir,maki memaki orang yang dibenci.Keluar status fesbuk dengan kata-kata mencarut bagai,marah yang teramat pada orang yang dibencinya.Bukan seorang dua yang membacanya,tapi boleh dikata satu dunia.Inilah dunia tanpa sempadan,teknologi hanya dihujung jari.


Memalukan antara satu sama lain,saling benci membenci.Hina menghina dan jadi seakan perkara biasa.Apa yang dikatakan seolah menjadi makanan harian dalam diri,seakan tak punya rasa bersalah untuk meluahkan apa yang dikatakan..Dari kata apa yang diungkapkan,orang dapat menilai siapa kita yang sebenarnya.



 "Aku punya wall,aku punya suka la nak kata apa...."


Betul,tersangatlah betul apa yang dikatakan.Memang fesbuk sendiri,ikut suka apa yang hendak dikatakan.Tapi orang sekeliling dapat menilai kita,siapa diri kita.Jika benci sekalipun usah dimalukan pada yang dibenci,ini letak status yang memalukan dan maki memaki.Ada pula yang komen jenis batu api,melagakan lagi apa yang terjadi.Semakin melaratlah perasaan marah dan benci dalam diri.

Manfaatkan kelebihan yang ada dengan sebaiknya,bukan dengan saling menjatuhkan antara satu sama lain.Jika ada perasaan benci,sama-sama muhasabah diri.Belajar untuk memaafkan dan tidak sekali untuk berdendam.Kerana itu tak mendatangkan sebarang faedah.Mencipta satu-satu hubungan memang mengambil masa,tapi dengan meruntuhkan sesuatu hubungan itu hanya sekelip mata.

Sabtu, 4 Jun 2011

kemaafan

Sebagai manusia ego tu memang ada,tak kira lelaki ataupun pun perempuan.Ego lelaki terlalu tinggi?mungkin.Bila dah lakukan kesilapan agak susah untuk meminta maaf.


Aku pun kadang kalau dah buat satu-satu kesilapan tu,agak susah untuk melafazkan kata maaf tu.Bukan niat sengaja untuk tak minta maaf atas apa yang dilakukan,tapi menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk melafazkan kata maaf .Tapi akan tiba ke waktu yang sesuai tu untuk minta maaf?selama berapa hari?makan minggu?sebulan dua?..


Kalau nak ditunggu selama mana masa tu hadir,percayalah takkan datangnya masa tu.Kerana syaitan tetap akan menangguh masa yang sesuai untuk kita sesama manusia berbaik semula,kerana pepecahan sesama kita adalah yang kemenangan baginya.Mesti pernah dengar kan kalau kita sesama muslim 3 hari tak bertegur sapa kan dah kira berdosa baginya?.Inikan pula kalau pergaduhan dan perselisihan faham yang berpanjangan selama beberapa lama.
Lagipun,tenang ke hati tu rasa kalau diri tu sentiasa berasa bersalah dengan apa yang dah dibuat?tak kira siapa benar ataupun tidak.Menang atau kalau siapa yang minta maaf dulu tak menjadi hal,kerana ia melibatkan hubungan kita sesama  manusia.Selagi masih ada masa dan ketika,minta maaf dengan apa yang telah dilakukan.Takkan jatuhnya maruah diri andai mengaku akan kesilapan diri.Bukakan hati,sucikan diri.Usah saling mementingkan diri sendiri,dengan memutuskan ikatan yang dah ada.Kerana kemaafan itu adalah sesuatu yang indah ((: semoga aku diberikan kekuatan untuk sentiasa mengalah dalam apa juga hal

Jumaat, 3 Jun 2011

kasih ibu membawa ke syurga

Dalam kasihnya ibu yang satu,betapa besarnya akan pergorbanan itu,dugaan dan cabaran dalam membesarkan anaknya.Terkadang ada terkasar bahasa,membuat ibu diam untuk bicara.Dalam amarah jiwa anak muda,memberontak mengikut kata nafsu.Ibu hanya berdiam dan pendam akan terguris kata si anak itu.Ibu diam dalam bisu,dalam renungan mata mengalir jernih linangan air mata.Menitis membasahi pipi ibu yang suci,wajah suram dan kelam kian nampak diwajah hati yang luka.

Si anak berasa berdosa akan kesilapan yang dilakukannya.Membuat hati berasa terhiris dan membuat si ibu menangis.Dosa yang ditanggung amat besar balasannya,anak memohon maaf akan ketelanjuran kata.Namun hati ibu yang punya rasa dan kasih,tetap memaafkan akan segala dosa yang dilakukan oleh anaknya.


Benarlah kata yang biasa didengar,kasih ibu membawa ke syurga.Walau sebesar mana pun akan kesilapan yang dilakukan oleh anaknya,jiwa seorang ibu yang pemaaf tetap sedia memaafkannya.Tanpa ada rasa dendam di dada,betapa tulusnya hati dan kasih akan si ibu.Walau betapa sukarnya dalam menjaga dan membesarkan anaknya,namun ibu sanggup untuk menjaga kesemua anaknya.

Tapi bila anak sudah dewasa,meningkat usia dan mengenal akan nikmatnya dunia.Segala jasa ibu dilupa,payah dan jerih dalam membesarkan kita semua.Jangan jadi anak yang mudah lupa.Tanpa doa restu dari ibumu,bukan mudah dalam menghadapi sebuah kehidupan.Hargai apa yang masih ada,sekadar untuk renungan.Aku juga berpesan pada diri agar sentiasa menghormati apa yang telah diajarkan

Hargai apa yang ada

Manusia selalunya kalau ada sesuatu yang didepan mata jarang sangat menghargainya..Bila sesuatu dah tak ada,baru la nak terhegeh-hegeh nak mencari menyesal dengan apa yang dah dibuat..Oh tidak,sudah terlambat.,aku pernah merasa perasaan itu.Peluang yang ada seharusnya dimanfaatkan dengan sepenuhnya..Aku pernah merasa saat kehilangan dan merasa sangat sakit akan perasaan itu,apa yang ada diabaikan tanpa memikirkan impak yang akan terjadi selepas itu..Menyesal untuk sesuatu yang perkara dah tak ada gunanya,kerana semuanya dah terlambat.Pesan seorang sahabat

 "jangan dikenang cerita yang lalu,mungkin itu adalah keputusan yang terbaik yang kamu fikirkan dan buat diwaktu itu,apa yang bakal terjadi kamu tak tahu,.Ada hikmah disebalik itu"

Berfikir sejenak akan benarnya kata sahabat aku itu,mungkin dulu aku belum matang dalam membuat sesuatu keputusan waktu itu.Aku akui itu.Apa yang terjadi tetap akan terjadi,aku ingat pesan kamu itu.Kini aku lebih menghargai dengan apa yang aku ada.Setiap saat dan ketika yang berlaku,sangat aku hargai.Tanpa sahabat disisi aku takkan setabah ini dalam apa yang aku lakukan.Terima kasih buat kamu sahabat..